Wednesday, 22 August 2012

Baju Raya Saya Tahun Ini



Gambar ini menunjukkan situasi di rumah makcik saya. Di dalam gambar ini ada ayah, ibu, kakak dan adik-adik saya.

Jenis-jenis baju etnik di Singapura

                                     Bangsa  Melayu

             

baju kurung                      cekak musang



              

baju kebaya               
                            
                                        Bangsa Cina
                          
 Cheongsam untuk wanita             Cheongsam untuk lelaki

                                   Bangsa India
                       
Sari dipakai oleh wanita

Thursday, 2 August 2012

E-mel Rasmi Jenis Undangan

Daripada: farhana@budaya.com
Kepada: adlin@oceanview.edu.sg
Subjek: Penceramah undangan minggu permainan tradisional

Adlin,

Saya sudah menerima emel anda pada dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan anda sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekolah Menengah Ocean View. Dengan berbesar hati, saya menerima undangan anda. Berikut adalah perincian ceramah saya.

Pertama, ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam, saya akan berkongsi pengalaman saya tentang beberapa permainan tradisional melayu. Permainan tradisional melayu yang saya gemar ialah chapteh, congkak dan batu seremban. Permainan-permainan ini sangat senang untuk dimainkan. Tetapi yang selalu saya mainkan ialah batu seremban. Batu seremban ini mempunyai pelbagai tahap yang menguji kemahiran pemainnya.

Selanjutnya, saya akan mengadakan sesi demonstrasi yang interaktif. Saya akan menyuruh seorang murid bersama rakannya untuk menaiki ke atas pentas dan berkongsi kepada semua murid dan guru-guru di dewan apakah permainan tradisional melayu yang dia gemari dia gemari dan dia akan menunjukkan bagaimana permainan itu dimainkan.

Terakhir sekali, saya memerlukan peralatan untuk permainan tradisional seperti congkak, chapteh, batu seremban, biji congkak, gasing, tali gasing, mikrofon dan juga meja jikalau murid-murid itu ungin bermain batu seremban. Permainan seperti congkak dimainkan di lantai.

Saya berharap melalui ceramah saya ini, ia akan mengalakkan para pelajar untuk terus melestarikan permainan tradisional melayu. Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat. Sehingga kita bertemu lagi.

Terima kasih
Syahfiqah